Mother's Day makin dekat jadi apa preparation awak semua untuk lahirkan rasa sayang dan menghargai ibu tercinta? kalau tahun-tahun sebelum ni nor beri hadiah yang ready made dari kedai, kalau tak sempat sangat (kadang-kadang budget lari, huehuehue) nor hanya wish sahaja.
tapi tahun ni nor nak buat sendiri hadiah, jom buat sama-sama :)
Resepi untuk seekor leopard :p
NO 1- Potong kain bentuk 'n' gemok macam dalam gambar 2 keping, saiz bergantung kepada citarasa
NO 2- Potong kain bentuk segitiga untuk telinga 4 keping, saiz bergantung kepada citarasa
NO 3- Potong soft foam 2 keping sama besar dengan kain No3
NO 4- Potong felt/kain biasa bentuk macam dalam gambar untuk hidung 1 keping
NO 5- Potong felt/kain biasa bentuk macam dalam gambar untuk mata 2 keping
NO 6- Sediakan 2 biji butang
nor lupa nak letak gambar fibre dalam ni. fibre untuk isi dalam headrest tau.
(untuk yang tak tahu fibre tu apa, dia yang duduk dalam bantal kalau kita beli kat supermarket tu)
STEP 1
Mula jahit bentuk mulut dekat tengah 'n' . Jenis jahitan tak dapat dikenalpasti T__T
nor cuba terangkan guna gambar kalau faham kira rezeki
:')
jahit hidung, seterusnya mata
Step 2
susun kain bentuk segitiga atas foam macam ni, nampak tak perbezaan depan belakang tu?
lepas tu jahit dua sisi sahaja supaya boleh diterbalikkan
buat pada telinga yang satu lagi pun macam ni tau
Step 3
dah siap telinga mulut mata semua (abaikan mata yang sebelah tak ada sebab butang tak cukup)
susun telinga macam dalam gambar, letak lagi satu kain bentuk 'n' di atas
jahit keliling leopard tadi dan tinggalkan lubang kecil tau
lubang tu untuk terbalikkan leopard dan sumbat fibre
terbalikkan leopard dan sumbat fibre
dah agak puas dengan saiz leopard tu maka sila jahit guna tangan
lubang kecil tadi ok !
HASILNYA :')
nor ada dua Leopard Headrest hadiah untuk mama sempena Mother's day
sempat siap sewaktu mid sem break, nor buat awal sebab tak dapat nak celebrate sama-sama
sekarang dua leopard selamat dah dalam kereta mama
:')
xoxo
nor
p/s: kalau ada salah silap mohon maaf, hanya berniat untuk kongsi ilmu :)







