Followers

Friday, 4 May 2012

D.I.Y Leopard Head rest

ASSALAMUALAIKUM

Mother's Day makin dekat jadi apa preparation awak semua untuk lahirkan rasa sayang dan menghargai ibu tercinta? kalau tahun-tahun sebelum ni nor beri hadiah yang ready made dari kedai, kalau tak sempat sangat (kadang-kadang budget lari, huehuehue) nor hanya wish sahaja.

tapi tahun ni nor nak buat sendiri hadiah, jom buat sama-sama :)




Resepi untuk seekor leopard :p

NO 1- Potong kain bentuk 'n' gemok macam dalam gambar 2 keping, saiz bergantung kepada citarasa

NO 2- Potong kain bentuk segitiga untuk telinga 4 keping, saiz bergantung kepada citarasa

NO 3- Potong soft foam 2 keping sama besar dengan kain No3

NO 4- Potong felt/kain biasa bentuk macam dalam gambar untuk hidung 1 keping

NO 5- Potong felt/kain biasa bentuk macam dalam gambar untuk mata 2 keping

NO 6- Sediakan 2 biji butang


nor lupa nak letak gambar fibre dalam ni. fibre untuk isi dalam headrest tau.


(untuk yang tak tahu fibre tu apa, dia yang duduk dalam bantal kalau kita beli kat supermarket tu)

STEP 1
Mula jahit bentuk mulut dekat tengah 'n' . Jenis jahitan tak dapat dikenalpasti T__T
nor cuba terangkan guna gambar kalau faham kira rezeki
:')


jahit hidung, seterusnya mata

Step 2
susun kain bentuk segitiga atas foam macam ni, nampak tak perbezaan depan belakang tu?
lepas tu jahit dua sisi sahaja supaya boleh diterbalikkan
buat pada telinga yang satu lagi pun macam ni tau

Step 3

dah siap telinga mulut mata semua (abaikan mata yang sebelah tak ada sebab butang tak cukup)
susun telinga macam dalam gambar, letak lagi satu kain bentuk 'n' di atas
jahit keliling leopard tadi dan tinggalkan lubang kecil tau
lubang tu untuk terbalikkan leopard dan sumbat fibre

Step 4
terbalikkan leopard dan sumbat fibre
dah agak puas dengan saiz leopard tu maka sila jahit guna tangan
lubang kecil tadi ok !

HASILNYA :')


nor ada dua Leopard Headrest hadiah untuk mama sempena Mother's day
sempat siap sewaktu mid sem break, nor buat awal sebab tak dapat nak celebrate sama-sama
sekarang dua leopard selamat dah dalam kereta mama
:')

xoxo
nor

p/s: kalau ada salah silap mohon maaf, hanya berniat untuk kongsi ilmu :)

Wednesday, 25 April 2012

photo album

ASSALAMUALAIKUM

akhirnya siap tempahan dari customer. a surprise for her boyfriend. sweet kan sampai naik sugar level dalam blood. *jeles sebenarnya -,-




spot the difference. yup yang atas ada bunga yang bawah tak ada. mula-mula nor rasa berat hati nak letak bunga tu sebab takut tak sesuai nak bagi dekat manusia bernama lelaki..chewaah..terus contact customer tanya which dia prefer...fuhh,, without flower bebeh.. customer always right so no flower for this album. senang tak payah nak bukak-bukak jahitan.. some of detail parts nor guna hot glue subab kalau jahit tak cantik. jadi inilah hasilnya.

this couple is so special sebab diorang kongsi birthday tau! boleh celebrate sama-sama..hehe,,semoga kekal abadi.

eh birthday kita samalah ;)


xoxo
nor

Monday, 23 April 2012

which RAWR are you?

ASSALAMUALAIKUM

Which RARW are you?? Cuti seminggu midsem break dah mula dan pikir nak buat macam-macam :) 
nor sempat buat empat sahaja semalam sebab nak move on buat benda lain pulak
seronok tengok diorang colourful sangat especially yang colour merah tu
memang colour block sungguh dia @__@ 
next time nor akan tambah family diorang biar jadi ramai





ouh borarw tu sebenarnya warna cokelat. Entah macam mana makin gelap warna dia.
baiklah mari sambung buat assignment dan lepas tu boleh terus berkreatif
jangan lupa lawat littleyellowhouse di facebook
daa~

semoga dunia menjadi tempat yang lebih indah :)

xoxo
nor






Saturday, 28 January 2012

Selamat Datang :)

ASSALAMUALAIKUM

Dengan lafaz...

Littleyellowhouse is now open.



harapannya semoga dunia ini lebih indah =)
.
.
.
BYE